think u cant, so you can do that! think positife and do what u want. nothing imposible,

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, kesucian dan kekayaan kepadaMu.

Suria yang menyinar

Suria yang menyinar
alba

Thursday, October 4, 2012

LATIHAN INDUSTRI




26 Ogos 2012
Isnin
ORGANISASI PILIHAN MAJLIS DAERAH TANAH MERAH


Melaporkan diri di Majlis Daerah Tanah Merah

 
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah diucapkan ke hadrat ilahi kerana dengan kurnia-Nya dapat menyiapkan laporan dalam latihan industri ini. Latihan industri ini merupakan program latihan yang diwajibkan kepada saya sebagai pelajar yang mengambil jurusan Perancangan Dan Pengurusan Pembangunan di UNIMAS. Setinggi-tunggi perhargaan saya tujukan khas kepada Pn.Haslina Hashim penyelia WA22. Latihan industri adalah satu pendekatan yang amat baik kepada saya apabila diberi peluang oleh pihak UNIMAS agar mempraktikkan pembelajaran yang ditimba di UNIMAS di MDTM. Keadaan ini dapat melatih diri saya untuk membiasakan diri di dalam persekitaran kerja pada masa hadapan. Selain itu, saya dapat menyesuaikan diri kepada suasana kerja, kerja berkumpulan, bersosial, dan masa


Pengalaman berharga di MDTM



Saya ditempatkan di bahagian ini sepanjang latihan industrI kerana bidang pengajian yang saya pelajari di UNIMAS bersesuaian di bahagian ini. Oleh itu, saya perlu meninba ilmu di alam pekerjaan di bahagian Perancangan Bangunan dan OSC untuk dijadikan rujukan malah pengalaman ini dapat membantu saya akann datang sebagai seseorang pekerja. Di bawah adalah maklumat yang jelas tentang Bahagian Perancangan Bangunan Dan Pusat Setempat (Osc).

 
Setinggi-tunggi perhargaan saya tujukan khas kepada Che Khairul Azhan b. Che Ahmad iaitu Penolong Pengawai Tadbir di Bahagian Pentadbiran Pengurusan Suber Manusia di MDTM selaku pemantau dan penyelia yang telah banyak membantu, memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang latihan industri ini. Selain itu, terima kasih juga ditujukan kepada  Ketua Perancangan dan Pusat Setempat (OSC) iaitu En Mohd Kamarularif  bin Mohamad Noor kerana memberi maklumat dan tunjuk ajar yang begitu penting semasa latihan industri ini dijalankan. Rahmat Rasfan bin Othman (Penolong Jurutera Awam, OSC), Faizah binti Md Zin (Pembantu Tadbir OSC), En Rasyiman Azmawi bin Abdul Rahim (Ketua Perancangan dan Pembangunan) Puan Habibah binti Yaacob (Pembantu Tadbir KM), Puan Wan Noorizah binti Wan Mustafa (Pembantu Tadbir PB) dan Che Ismail bin Md Daud (Pembantu Tadbir PB) kerana telah memberi kerjasama kepada saya dalam menimba ilmu yang berkaitan dengan bidang Perancangan dan Bangunan.

 
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana saya telah berjaya tamatkan latihan industri saya yang berlangsung pada 26 jun 2012 sehingga 16 ogos 2012. Terima kasih ditujukan kepada MDTM dan UNIMAS kerana berganding bahu memberi peluang kepada saya untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat daripada latihan industri ini.
Latihan industri merupakan satu kaedah yang sangat baik kepada semua pelajar universiti agar didedahkan dengan keadaan persekitaran kerja di sesebuah organisasi. Sokongan dan tunjuk ajar daripada semua pihak mampu meyakinkan kepada sAYA untuk memacu bidang pekerjaan akan datang. Pengalaman yang diperolehi tersebut mampu menonjolkan bakat yang tersirat dan tersurat dalam diri mereka. 

1 comment: