think u cant, so you can do that! think positife and do what u want. nothing imposible,

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, kesucian dan kekayaan kepadaMu.

Suria yang menyinar

Suria yang menyinar
alba

Thursday, November 18, 2010

aidiladha d SARAWAK

tanggal 17 november 2010 bersamaan dengan10 zulhijjah merupakan hari yang sungguh bermakna bagi umat islam kerana menyambut hari raya aidiladha atau korban. pada hari raya ini kusambut di perantau di tanah borneo, bumi kenyalang iaitu sarawak. ku tersedar seawal 5.00 pagi pada pagi yang mulia itu.kemungkinan sudah terbiasa berada di rumah dibangunkan oleh mak awal pagi pada hari yang penuh bermakna itu dan menjadi ikutan sampai sekarang.
pagi itu ku dan roomate terlepas sembahyang raya kerana menyangka solat  sunat hari raya bermula pada pukul 8.00 pagi tetapi awal lagi.sesampai di masjid sesi ceramah sedang berlangsung dengan dipenuhi pelajar unimas yang tidak pulang ke kampung halaman.
pada pukul 9.30 pagi kami bertolak ke kampung tebakang yang mengambil masa 1 jam 30 minit kerana kami sesat mencari arah ke kampung berkenaan.sebanyak 8 buah rumah kami menjamu selera sempena hari raya. setiap rumah menyediakan nasi impit,kuah kacang, rendang daging,ayam,ketupat,lemang, kuih lapis,dan banyak lagi. memeang sedap semua membuatkan kami kekenyangan.

Monday, November 15, 2010

exam week

09/11/2010
PBM 2022
bahasa melayu pada pukul 2.30-5.00 di dewan unimas

12/11/2010
SSR 2014
isu-isu pembangunan pada pukul 9.00-11.00 di dewan santapan

13/11/2010
SSR 1013
sosial sains pada pukul 2.30-5.00 di CAIS lama


16/11/2010
SSF 2014
kajian penyelidikan pada pukul 2.30-5.00 di dewan unimas

20/11/2010
SSR 2034
pembangunan ekonomi pada pukul 2.30-5.00 di dewan unimas

Sunday, November 14, 2010

family angkat


pada 5 - 7 november 2010 ku mengikuti program  rakan muda wawasan desa IPT peringkat zon.anjuran jabatan belia dan sukan di kampung  tebekang melayu serian kuching sarawak.seramai 100 pelajar UNIMAS yang menyertai program tersebut.

o5 november 2010
  • bertolak ke kg tebakang melayu
  • mejlis penyerahan peserta kepada keluarga angkat
  • bersama keluarga angkat
  • icebreaking
senarai pelajar UNIMAS  yang tersenarai dalam program tersebut seramai 100 orang berkumpul di HEP sebelum bergerak ke kampung tebakang melayu.  3 buah bas  dari luar telah tersedia di HEP bagi menempatkan pelajar yang terpilih ke program tersebut. kami bergerak pada pukul 2.30 petang ke kampung tebakang melayu dan tiba pada pukul 4.00 petang di sana. kedatangan kami disambuut dengan paluan kampung oleh penduduk kampung tebakang melayu serian. pada pukul 4.30 petang acara penyerahan anak angkat telah bermula apabila pelajar- pelajar menanti panggilan nama disebut untuk mengenali keluarga angkat dan selama 3 hari dua malan akan berada bersama-sama kelurga angkat di kampung tersebut.
pada pukul 8.00 malam semua pelajar dikehendaki berkumpul di dewan bagi acara suaikenal antara semua  pelajar UNIMAS yang terlibat.pada pukul 11.00 malam acara tersebut tamat dan kami pulang ke rumah masing-masing. tiba ku dirumah keluarga angkat sedang menunggu di ruang tamu sambil menonton tv.kami disediakn dengan air milo dan roti sebagai minuman ringan sebelum tidur.

06 november 2010
  • sukaneka bersama penduduk kampung
  • khidmat sosial
  • bicara bersama pemimpin 
  • bersama keluarga angkat
  • malam kebudayaan
pada pukul 5.30 pagi ku tersedar dan terus turun ke bawah untuk mandi dan bersiap bagi aktiviti pada pagi itu yang telah dirancngkan oleh pihak terbabit. ku turun dan air milo dan roti kegemaran ku tersedia di atas meja.
banyak aktiviti yang disediakan seperti aktiviti gotong- royong, sukaneka, malam kebudayaan, aktiviti bersama pelajar sekolah menengah dan sebagai.nya. pelajar-pelajar diagihkan kepada 5 kumpulan iaitu mengikut rumah bagi aktiviti sukan seperti rumah merah,biru, putih,kuning dan hijau. sukaneka melibatkan acara seperti isi air dalam botol,lari bawa belon. lari dengan ikat kaki, berjalan kaki bata dan sebagainya.

pada pukul 10.00 pagi kami semua bergotong royong dalm membersihkan kawasan kampun tersebut. ku dikehendaki membersih masjid bersama pelajar lain. pada sebelah petang majlis bicara bersama pemimpin pada pukul 2.00 sehingga 4.00 petang. penghulu kampung, ketua kaum, ajk tertinggi di kampung tersebut turun padang bagi memberi penjelasan mengenai aktiviti terkini kampung tersebut.

07 november 2010
  • bicara bersama mahasiswa
  • majlis penutupan
pada pukul 6.00 pagi ku tersedar dari tidur dan terus menunaikan solat subuh. kemudian ku turun membersihkan diri selama 15 minit. ku bersiap dengan pakain yang diberi oleh pihak penaja iaitu baju berwarna oren tersebut. ku telah turun ke dapur untuk menjenguk mak memasak. pada pagi tersebut mak memasak nasi goreng dan goreng pisang serta air teh.

pada pukul 7.30 pagi semua pelajar yang mengikuti program tersebut perlu berkumpul di dewan bagi memulakan majlis bicara bersama siswa. majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi kami menunggu kedatangan pelajar sekolah menengah kampung tebakang bersama-sama kami. program selama dua jam ini melibatkan pelajar di kampung berkenaan berkongsi pengalaman dengan pelajar UNIMAS.motif aktiviti ini bagi memberi galakan kepada penduduk remaja kampung untuk berjaya dalam pembelajaran.

Thursday, November 4, 2010

StuUdy WeEk

jikalau tiba minggu cuti untuk belajar mesti diriku kena demam dari semester pertama, kedua dan sekarang semester ketiga. semester ketiga ini paling teruk kerana ku menghidapi batuk selama seminggu dan selepas itu baru demam. ku akan tido sepanjang hari keran kepala terasa berat sangat dan suhu badan yang panas. nasib baik la ku makan woods yang dapat melegakan tekak. alhamdulilah kesihatan ku kembali stabil atau normal.

semasa keluar untuk membeli woods ku terserempak dengan gerai menjual buah mangga dan limau manis. tekak yang tidak selesa tersebut membuatku membeli limau manis tersebut bagi menghilangkan tekak tersebut selain memenuhi keinginan ku yang kempunan untuk memakan buah-buahan.

selama ku berada berjauhan dengan keluarga menyebabkan diriku tidak dapat menikmati buah-buahan anugerah Allah SWT kepada manusia di muka bumi ini.

burger oh burger



pada satu malam itu, ku terasa lapar sangat-sangat macam nak pengsan dan tubuh mengigil. ku pun pelik kerana tidak selalu merasai seperti itu. itulah nasib apabila diriku tidak mengambil makanan berat iaitu nasi sebagai mengisi keperluan perutku. makanan di bilikku tidak ada hanya milo saja yang tinggal. ku menjenguk luar tingkap. nasib baik la pak cik yang menjual burger ada sedang sibuk sampai tak menang tangan menyiapkan bungkusan burger yang ditempah oleh pelajar seroja.
nyummyyyyyyy

ku salin pakaian tidur ku dengan mengenakan jeans dan baju t-shirt dan tudung untuk turun mendapatkan burger tersebut. ku terasa nak berjalan pun tidak boleh kerana terlalu lapar dan mengigil.ku kuatkan diri dan turun ke gerai pak cik itu. ku beritahu pak ci tersebut siapkan beef burger dan otakku juga ligat berfikir dan terkeluar beef burger dua bungkus. percaya atau tidak kerana terlalu lapar otak ku berfikir 1 burger xmencukupi. itulah malam bersejarah bagiku kerana berjaya menghabiskan burger sebanyak dua bungkus. alangkah hebat betul diriku apabila berada di bawah tahap kelaparan yang paling kritikal.

sebelum ini diriku tidak nerjaya menghabiskan burger walaupun satu burger malah berkongsi dengan adik ketika di rumah. pada malam tersebut ku berjaya mencipta rekod baru dalam kehidupan ku. ku menikmati 2 burger dengan 1 cawan kopi pracampuran MASAD CAFE. kopi ini mengandungi kelebihan kerana minuman  kesihatan untuk seisi keluarga yang mengandungi madu lebah,habbatus sauda,badam dan kismis.

Monday, November 1, 2010

amalan harianku untuk kehidupan akhirat

ku lakukan kegiatan seharian seperti belajar, berjalan-jalan, menyanyi, bergembira dengan keluarga dan kawan. walaubagaimana pun, rohaniku juga memerlukan pengisian agar tidak kosong dan untuk diriku sebagai pedoman. bab kata perlu seimbang dunia dan akhirat.
  1. baca 3 kul iaitu al-ikhlas, an-nas, al-falaq
  2. selawat kepada nabi terdahulu dan Rasulullah SAW
  3. istighfar

Sunday, October 31, 2010

golongan yang selalu senyum
dikurniakan dengan wajah manis
sentiasa senyum, walaupun dalam keadaan biasa
ampunilah ku
sayangilah ku
tutuplah aibku
angkatlah darjatku
berikanlah ku rezeki
berikan ku petunjuk
sihatkan ku
maafkan ku

rahsia ku....


  1.  Sangat suka didamping.   
  2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.   
  3. Agak pendiam kecuali dirangsang.  
  4. Ada harga dan maruah diri.  
  5. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.  
  6. Mudah dipujuk dan bercakap lurus.  
  7. Sangat menjaga hati orang lain.  
  8. Sangat peramah.  
  9. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.  
  10. Berjiwa sentimental.  
  11. Jarang berdendam. 
  12.   Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.  
  13. Tidak suka benda remeh-temeh.  
  14. Membimbing cara fizikal dan mental.  
  15. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.  
  16. Layanan yang serupa terhadap semua orang.  
  17. Tinggi daya simpati.  
  18. Pemerhatian yang tajam.  
  19. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.  
  20. Mudah dan rajin belajar.  
  21. Suka muhasabah diri.  
  22. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.  
  23. Suka mendiamkan diri.   
  24. Suka duduk di rumah.   
  25. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  26. Tidak agresif kecuali terpaksa.  
  27. Lemah dari segi kesihatan perut.   
  28. Mudah gemuk kalau tak kawal diet.   
  29. Minta disayangi.   
  30. Mudah terluka hati tapi lambat pulih.   
  31. Terlalu mengambil berat.   
  32. Rajin dalam membuat kerja. 

Melamar Gadis yang baik

artikel ini menarik minat ku untuk baca dan mengambil iktibar daripada bahan bacaaan ini.
Dalam melamar, seorang muslim dianjurkan untuk memperhatikan beberapa sifat yang ada pada wanita yang akan dilamar, diantaranya :

1. Wanita itu disunahkan seorang yang penuh cinta kasih. Maksudnya ia harus selalu menjaga kecintaan terhadap suaminya, sementara sang suami pun memiliki kecenderungan dan rasa cinta kepadanya. Selain itu, ia juga harus berusaha menjaga keridhaan suaminya, mengerjakan apa yang disukai suaminya, menjadikan suaminya merasa tentram hidup dengannya, senang berbincang dan berbagi kasih sayang dengannya. Dan hal itu jelas sejalan dengan firman Allah Ta’ala,Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian istri-istri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tentram kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kalian rasa kasih dan saying. (ar-Ruum:21) .



2. Disunahkan pula agar wanita yang dilamar itu seorang yang banyak memberikan keturunan, karena ketenangan, kebahagiaan dan keharmonisan keluarga akan terwujud dengan lahirnya anak-anak yang menjadi harapan setiap pasangan suami-istri. Berkenaan dengan hal tersebut, Allah Ta’ala berfirman
, Dan orang-orang yang berkata, ‘Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa’. (al-Furqan:74) .
Dalam sebuah hadits, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,Menikahlah dengan wanita-wanita yang penuh cinta dan yang banyak melahirkan keturunan. Karena sesungguhnya aku merasa bangga dengan banyaknya jumlah kalian pada hari kiamat kelak. Demikian hadist yang diriwayatkan Abu Daud, Nasa’I, al-Hakim, dan ia mengatakan, Hadits tersebut sanadnya shahih.



3. Hendaknya wanita yang akan dinikahi itu seorang yang masih gadis dan masih muda. Hal itu sebagaimana yang ditegaskan dalam kitab Shahihain dan juga kiab-kitab lainnya dari hadits Jabir, bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bertanya kepadanya,
Apakah kamu menikahi seorang gadis atau janda? dia menjawab,”Seorang janda.”Lalu beliau bersabda, Mengapa kamu tidak menikahi seorang gadis yang kamu dapat bercumbu dengannya dan ia pun dapat mencumbuimu? . Karena seorang gadis akan mengantarkan pada tujian pernikahan. Selain itu seorang gadis juga akan lebih menyenangkan dan membahagiakan, lebih menarik untuk dinikmati akan berperilaku lebih menyenangkan, lebih indah dan lebih menarik untuk dipandang, lebih lembut untuk disentuh dan lebih mudah bagi suaminya untuk membentuk dan membimbing akhlaknya.
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam sendiri telah bersabda, Hendaklah kalian menikahi wanita-wanita muda, karena mereka mempunyai mulut yang lebih segar, mempunyai rahim yang lebih subur dan mempunyai cumbuan yang lebih menghangatkan. Demikian hadits yang diriwayatkan asy-Syirazi, dari Basyrah bin Ashim dari ayah nya, dari kakeknya. Dalam kitab Shahih al_Jami’ ash_Shaghir, al-Albani mengatakan, “Hadits ini shahih.”

4. Dianjurkan untuk tidak menikahi wanita yang masih termasuk keluarga dekat, karena Imam Syafi’I pernah mengatakan, “Jika seseorang menikahi wanita dari kalangan keluarganya sendiri, maka kemungkinan besar anaknnya mempunyai daya piker yang lemah.”

5. Disunahkan bagi seorang muslim untuk menikahi wanita yang mempunyaisilsilah keturunan yang jelas dan terhormat, karena hal itu akan berpengaruh pada dirinya dan juga anak keturunannnya. Berkenaan dengan hal tersebut, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
Wanita itu dinikahi karena empat hal: karena hartanya, keturunannya, kecantikannya dan karena agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, niscahya kamu beruntung. (HR. Bukhari, Muslim dan juga yang lainnya).

6. Hendaknya wanita yang akan dinikahi itu taat beragama dan berakhlak mulia. Karena ketaatan menjalankan agama dan akhlaknya yang mulia akan menjadikannya pembantu bagi suaminya dalam menjalankan agamanya, sekaligus akan menjadi pendidik yang baik bagi anak-anaknya, akan dapat bergaul dengan keluarga suaminya. Selain itu ia juga akan senantiasa mentaati suaminya jika ia akan menyuruh, ridha dan lapang dada jika suaminya memberi, serta menyenangkan suaminya berhubungan atau melihatnnya. Wanita yang demikian adalah seperti yang difirmankan Allah Ta’ala,
“Sebab itu, maka wanita-wanita yang shahih adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminyatidak berada di tempat, oleh karena Allah telah memelihara mereka”. (an-Nisa:34) .
Sedangkan dalam sebuah hadits, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Dunia ini adalah kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatannya adalah wanita shalihah”. (HR. Muslim, Nasa’I dan Ibnu Majah).

7. Selain itu, hendaklah wanita yang akan dinikahi adalah seorang yang cantik, karena kecantikan akan menjadi dambaan setiap insan dan selalu diinginkan oleh setiap orang yang akan menikah, dan kecantikan itu pula yang akan membantu menjaga kesucian dan kehormatan. Dan hal itu telah disebutkan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dalam hadits tentang hal-hal yang disukai dari kaum wanita. Kecantikan itu bersifat relatif. Setiap orang mempunyai gambaran tersendiri tentang kecantikan ini sesuai dengan selera dan keinginannya. Sebagian orang ada yang melihat bahwa kecantikan itu terletak pada wanita yang pendek, sementara sebagian yang lain memandang ada pada wanita yang tinggi. Sedangkan sebagian lainnya memandang kecantikan terletak pada warna kulit, baik coklat, putih, kuning dan sebagainya. Sebagian lain memandang bahwa kecantikan itu terletak pada keindahan suara dan kelembutan ucapannya. Demikianlah, yang jelas disunahkan bagi setiap orang untuk menikahi wanita yang ia anggap cantik sehingga ia tidak tertarik dan tergoda pada wanita lain, sehingga tercapailah tujuan pernikahan, yaitu kesucian dan kehormatan bagi tiap-tiap pasangan.

Saturday, October 30, 2010

Far East Menanti Di Barzakh

lagu ini salah satu mendidik jiwa kita agar menginggati kematian. pertama kali ku mendengar lagu ini jantung berdegup begitu laju seperti ketakutan. perasaan ingin menangis pun ada ketika mendengar lagu yang penuh keinsafan.  lagu ini juga membawa diri ku ke dalam situasi tersebut seperti betul-betul terjadi kepada diriku. ku harap kita semua menghayati dan mengambil iktibar daripada lagu ini.

Wednesday, October 27, 2010

black n white


pada 27/11/2010  adalah kali kedua aku hadiri majlis makan malam  Majlis Anugerah Pelajar Unimas(MAPU) yang bertemakan white and black. ku mewakili kelab petanque bersama 3 lagi kawanku lain yang menyandang jawatan tertinggi dalam kelab tersebut. majlis tersebut diadakan di Dewan Unimas dengan 15 wakil kelab,persatuan dan badan lain dijemput. satu meja makan diwakili 2 kelab seperti kami wakil pentanque dan kelab sepak takraw sekali dengan roomate ku dan kawanku yang lain.


Saturday, October 23, 2010

i wiss God gv me strengh 2 pull off everthing just fine
you’ll have the key to make a difference in this world
"In order to be a strong woman, I have you as my strength. :D"

Friday, October 22, 2010

hARi iNI unTuK bELaJAr

5.00 pagi
ku tersedar dari lena setelah azan berkumandang tepat jam pukul 5.00 pagi. ku bangun dari tilam yang empuk dan mengerjakan solat subuh. setelah selesai solat, ku telah on laptop ku untuk melihat tiket flight untuk balik kampung. pada hari ini ku telah rancang untukmenempah tiket penerbangan ku balik kampung bagi cuti semesta ini. setelah melihat dan ku telah tetapkan tarikh dan masa yang sesuai serta yang paling penting adalah harganya murah.
6.30 pagi
mataku semakin layu kerana mengadap laptop pada pagi buta ini. ku telah rebahkan diri di tilam bagi melelapkan mata sekejap. ku telah bajet dalam pukul 7.oo untuk mandi dan bersiap ke CAIS(library). namun, ku tidur bukan kepalang kerana pukul 8.00 baru tersedar kerana dek mimpi yang mendebarkan jantungku.ku harap mimpi itu tidak akan jadi kenyataan tetapi sebagai peringatan kepada diriku.ku mandi dan bersiap dengan memilih baju blous warna pink sedondon dengan tudung  dan seluar.
9.15
ku telah keluar berjalan ke depo bas untuk mengambil bas pukul 9.30 pagi menuju ke CAIS  tujuan adalah menghantar buku yang dipinjam dan menempah tiket penerbangan. bas di UNIMAS bergerak setiap 30 minit. ku melangkah dengan yakin dan senyuman sentiasa meniti dibibir kerana dalam hati semangat untuk menempah tiket pulang ke kampung.

9.45
ku telah ke kaunter untuk menghantar buku dan mengorak langkah untuk ke level 1 di CAIS. ku mendapatkan tempat duduk dan menunggu access internet. malang sungguh setelah hampir 20 minit ku menunngu namun tidak mendapatkan internet di situ. jadi, ku berkemas untuk keluar di pusat membeli belah kerana di situ senang mendapatkan internet dan menguruskan tiket ku.
10.30
ku menaiki bas dan pukul 10.45 telah sampai ke depo bas. ku aturkan langkah untuk ke lab dahulu bagi melihat kekosongan komputer yang ada kerana ku malas keluar seorang diri di luar kampus. ketika ku menuruni bas, tiba-tiba namaku dipanggil, ku toleh ke belakang dan melihat senior itu mengukir senyuman. dis mendekati ku dan menyatakan hasrat untuk menemaninya keluar membeli keperluan harian. ku menolak kerana ingin meneruskan rancangan ku tetapi senior itu memujuk ku lagi agar menemaninya dan mengikutinya balik ke rumah sewanya. dia berkata kepadaku bahawa ku belum  pergi ke rumah sewanya. ketika itu, ringannya ku mengatur langkah mengekorinya pulang. kemudian,senior itu kelihatan menahan kesakitan kerana dia menghadapi sengugut dan tidak dapat berjalan pulang. ku terpaksa menanyakan pemandu kereta sewa bagi menhantar senior itu pulang. drebar kereta sewa itu sanggup menghantar kami ke rumah senior itu. nasibku baik kerana drebar itu tidak mengenakan bayaran maklumlah rumah sewanya  tidak jauh dari situ.

11.30
senior itu mengerang kesakitan dan menangis sambil bercakap di telefon. dia mengadu kesakitan kepada seseorang sambil menangis. ku mampu melihat dan memikirkan akan masalah yang dihadapi. selepas itu, dia menelan panadol bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.  dia semakin baik dan mula berbicara denganku. nasibku baik apabila dia mengajak keluar membeli barang dan mengajak ku sekali lagi untuk makan di rumahnya. ku menolak dengan baik pelawaannya kerana ku ingin pulang ke kolej. namun,dia memujuk dan dia telah menyediakan masakan seperti acar timun, telur dadar dan hati goreng serta air sunkies.ku melihat pada jam di tanganku menunjukkan pukul 1.45 minit petang.  ku telah memberitahu senior itu untukmenunaikan  solat zohor sementara menunggu hidangan siap. ku menikmati makanan tersebut dengan penuh selera kerana kelaparan memandangkan pada waktu itu melewati pukul 2.30 petang. semestinya perut ku berkeroncong meminta diisi.
3.30
ku berjalan pulang tetapi ku bergerak ke BAZARIA salah satu pusat membeli belah di kota Semarahan untuk menempah tiket penerbangan pulang. ku tidak dapat meneruskan pembayaran tiket tersebut kerana kad RHB BANK ku ada masalah. ku semakin gelisah kerana bimbang kenaikan harga tiket.
5.15
ku berjalan pulang memandangkan usaha untuk ku menempah tiket tidak kesampaian. ku singgah di gerai tepi jalan bagi memenuhi hajat mendapatkan ubi keledek goreng kerana itu salah satu makanan kegemaranku. sedap sungguh menikmati ubi itu sementara ubi itu masih panas kerana baru siap diangkat atas dapur.
6.00
ku sampai di bilik tetapi kehampaan kerana roomateku tidak ada dalam bilik dan tergojoh-gojoh untuk menunaikan solat asar. ku ingat mahu berkongsi masalah ku ini.

Thursday, October 21, 2010

cerita sebagai renungan

Pada petang itu, dua orang sahabat berjalan pulang menuju ke kolej mereka setelah keluar ke kedai untuk membeli barangan keperluan masing-masing. Ketika mereka berdua sedang berjalan pulang terdapat beberapa  jejaka "usha" mereka berdua. Namun, teguran kumpulan lelaki itu hanya dipandang dengan senyuman manis oleh seorang daripada gadis itu. Bagi si CINTA teguran sebegitu sudah menjadi kebiasaaa bagi dirinya tetapi bagi kawannya CINTA tidak mengetahuinya.CINTA dan kawannya meneruskan perjalanan pulang dan mereka berdua hanya ketawa kegelian melihat telatah jejaka-jejaka di kedai makan tersebut.

Sewaktu mereka leka bercerita sambil bergelak ketawa dan kaki terus menghayun dalam senja yang semakin labuh, tiba-tiba muncul seorang mamat dengan menaiki motosikal menghampiri mereka. CINTA terkejut dengan kedatangan mamat tersebut dan tidak dapat meneruskan perjalanan tetapi memandang mamat didepannya sambil deruan motor kedengaran.. Walaubagaimana pun,mamat tersebut bersuara dengan menyatakan untuk berkenalan dan mendapatkan nombor telefon kami. CINTA pandang mamat tersebut dengan penuh curiga disebabkan wajah mamat tersebut kelihatan begitu pelik. Dia menyatakan dengan penuh gementar, nada yang pelik, seakan ketakutan. CINTA dapat melihat wajah mamat tersebut seperti meminta simpati daripada mereka berdua. mamat itu berterusan menanyakan tentang tempat tinggal  dan asal CINTA dan kawanya.  CINTA sudah dapat menganggap mamat itu dari salah sebuah negeri di Malaysia ini kerana slang lohgat  kenegerian jelas didengarinya. CINTA tersenyum dan bercakap serba sedikit dengan mamat tersebut. kemudian,mamat itu berkata " boleh tak nak nak dapatkan nombor phone". CINTA menjawab "ahhh..no phone???" CINTA dan kawannya saling berpandangan dan CINTA menyuruh kawannya memberi nombor kepada mamat tersebut.

Kawan CINTA tidak mahu bagi no phonenya kerana mahu menunjukkan kesetiaaa kepada boyfriendnya. maklumlah baru bercinta,baru sayang, tidak kenal keburukkan boyfriend dia lagi. kalau dia tidak suka kat boyfriend die maka dia cari yang lain. begitu lah sikapnya sebab muka die cantik. CINTA pula selalu kesunyian tanpa lelaki bergelar kekasih disisi kerana CINTA beranggapan biarlah dia mencintai lelaki yang sah menjadi suaminya. Semua lelaki yang dikenali adalah kawan tidak lebih daripada itu.

CINTA kesian melihat mamat yang duduk di atas motor menunggu nombor phone mereka berdua dengan penuh kegelisah. Mamat tersebut melihat keengganan kawan CINTA memberi nombor phonenya menyebabkan dia bekata" beri je nombor phone yang salah pun dia tidak kisah" maka, CINTA melihat mamat penuh kehairanan dan spontan  menyuruh kawannya memberi nombor dia. CINTA menyatakan kepada kawannya  agar memberi nombor phone yang baru dibeli olehnya seminngu yang lepas. nombor baru itu dibeli kerana CINTA ingin menjimatkan belanja untuk berhubung dengan kawan-kawannya atas urusan kerja berkumpulan. CINTA tidak dapat mengingati akan nombor phone barunya kerana nomborphone itu tidak dapat dihafal dan disetkan dalam mindanya.almaklumlah masih baru lagi.

Selepas usai kawan CINTA memberi nombor tersebut kepada mamat itu dan mamat itu terus mengucapkan terima kasih dan berlalu meninggalkan mereka. Tanpa membuang masa CINTA dan kawanya meneruskan perjalanan memasuki pagar kolej mereka. ketika CINTA dan kawanya dalam perjalanan ke kolej mamat tersebut telah menghantar SMS kepadanya. CINTA membuka inbox tersebut  dan nombor yang tidak dikenali tertera di skrin phonenya. penggunaan ayat tersebut begitu kasar sekali."kau kt mne skrg" CINTA terkejut bukan kepalang namun dia tersenyum sambil memerhati saja kata-kata tersebut dan meneruskan perjalanan hingga sampai ke bilik.

CINTA kepenatan kerana berjalan keluar membeli belah selepas tamat kelas petang tadi. CINTA telah berehat seketika bagi menghilangkan keringat kerana telah berjalan jauh dan membalas mesej mamat tadi. kemudian,cinta terus membersih diri dan solat maghrib memandangkan maghrib semakin ke hujungnya dan insyak akan masuk waktu sebentar lagi. mamat tersebut mesej menyatakan dia berada di dalam kolej tersebut dan bertanyakan kedudukan CINTA  pada masa itu. CINTA mengenali mamat itu sebagai AMIR, umur AMIR 1 tahun lkebih tua daripada CINTA . namun cCINTA memanggil AMIR dengan panggilan nama bukan status abang di depan namanya. CINTA telah menjelaskan bahawa panggilan nama AMIR kerana CINTA berasa lebih selesa tetapi sebenarnya CINTA mengganp AMIR tidak matang kerana sikap dia yang tidak biasa dengan wanita.

semakin hari semakin erat hubungan mereka walaupun melalui mesej. CINTA menganggap AMIR sebagai kawan memandangkan lelaki itu 1 negeri tetapi berlainan daerah.  AMIR dan CINTA tidak selalu berhubung tetapi kadang-kadang saja iaitu CINTA teringat dan ingin bercerita tentang dirinya dan bertanya khabar AMIR.Prinsip CINTA jelas terserlah disini kerana CINTA tidak akan menghantar mesej terlebih dahulu tetapi orang lain akan menghantar mesej kepadanya. AMIR.

hubungan CINTA dan AMIR mula rapat apabila CINTA mendapat bonus harijadi selama 7 hari. kredit percuma itu digunakan CINTA menelefon AMIR dan bercerita tentang perasaan,kegembiraan dan impian masing-masing. AMIR telah menyatakan bahawa dia senang berkawan dengan CINTA memandangkan CINTA seorang yang mesra dan tidak kisah tentang latar belakangnya. tidak diakui AMIR memang seorang yang pemalu apabila berdepan dengan wanita kerana dia segan akibat kurang bergaul dengan golongan ini.

AMIR terpaksa bertukar kerja di negeri lain menyebabkan CINTA  dan AMIR tidak serapat dulu. tambahan itu, CINTA sibuk dengan pembelajaranya dan kekurangan perbelanjaan. pada kebiasaan CINTA akan menelefon AMIR apabila mahu menghilangkan kesunyian. pertukaran nombor telefon juga menyebabkan CINTA tidak menghubungi AMIR. namun, CINTA mendapat panggilan daripada AMIR secara mengejut bagi menanyakan khabar dia. CINTA tersenyum kepuasan kerana AMIR sentiasa mengingatinya.

.................................................................................................................................................
selamat sejahtera
hari ini hatiku sungguh gembira kerana tiket flight untuk balik kampung murah. alhamdulilah, ku harap semua ada hikmahnya. perasaan ku kini kembali stabil dan tidak sabar untuk menempuh final exam. minggu nie memang diriku sibuk kerana mempunyai pembentangan assgmt. tidak kurang hebatnya minggu depan ada lagi subjek yang memerlukan pembentangan di depan pensyarah.

malam ini mataku semakin berat dan mahu menutup malam yang indah ini.diriku terasa penat sangat kerana semalam tidak cukup tidur gara-gara assmt yang memeningkan. bukan susah sebenarnya tetapi kumpulan kami yang takut dek pensyarah dan tidak yakin dengan bahan yang telah siap disediakan.oleh itu,terpaksa ku lakukan sekali lagi part aku. memamg penat xdapat tidur dengan lena.

Wednesday, October 20, 2010

cinta anugerah yang paling istimewa

 rekaan semata-mata tntg bab ini....imaginasi untuk mengisi kekosongan jiwa shj.
owhhh..sayang?????cinta??????
hati di curi????? siapakah????
perasaan xmenentu.......
ingin menjadi seorang kekasih yang baik
memg terlalu hepy kalau de org syg kite
biasa la kalau perempuan mesti nk lelaki yang syg kn die
tp kalau t sakit ati jika sesuatu yg kite nk xdipenuhi
xnk ati sakit????? susah la...
kalau dh suka kt seseorg lelaki tue
terbayang die...fikir kt die...nk msg die...semua dia...erm angau melampau2

Tuesday, October 19, 2010

live in the moment
all the experience i can' t ever replace
so many memories in my life
times gone on

sweet memori

inilah adik angkatku yang berada di SABAH...
namanya Mohd Rozaimi bin Tahir
lahir pada 28 Oktober 1994
seorang yang manja n mat jiwang
ku gelarkan die mat jiwang
seorang yang hsome bg ku cz rmbut die terpacak
tue yg boleh jd adik angkatku,....
kenangan terindah ku apabila adik angkat bagi hadiah kepada ku...
gambar di atas adalah hadiah yang dibaginya padaku
ku sangat terharu di atas hadiah yang diberinya
ku anggap hadiah tersebut sebagai tanda kami adik- beradik

alhamdulilah... inilah kandungan hadiah yang dibagi oleh adik angkatku...
sehelai baju yang ku anggap sangat istimewa.
cantikkan....
jadi... ini semua kenangan terindah dlm hidupku...

sedih vs hepy


perjalanan hidupku masih pnjang
ku lalui dengan onak dan liku
ibarat roda
kdg2 di atas... kdg2 di bawah..
kdg2 hepy...kdg2 sedih...

diriku skrg sudah kehilangan smgat
bukan hilang semangat study
semangat tuk teruskn kehidupan
hari2 diselubungi kesedihan...
aduh..sukar btul tuk diriku...

itulah masalah kalau sendirian
slalu diriku fikir -ve
sebab itu yang hepy jadi sedih...
nak buat macamna non reality
hidup dalam fantasi....begitu la...

Friday, October 15, 2010

hari minggu




hari minggu untuk tenangkan
jiwa
minda
hati
fikiran

hari minggu membersih
pakaian
bilik
almari
katil
kasut





ku dengar lagu
ku berangan
ku baca nota
ku menyanyi
ku chatting
ku minum air milo panas
ku practice untuk presentation
ku buat assgment

Thursday, October 14, 2010

wanita hiasan DuNiA

Wanita ibarat Epal.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.
Susah di petik, susah di gapai.
Terkadang epal itu risau,
kenapa la diriku belum di petik?
Lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.
Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi

Saturday, October 9, 2010

gembira!!!!!!
GEmBIra!!!!
gembira!!!!!!
ku gembira hari yang ku nanti semakin hampir...yeahhhhh!!!!!
xsabar rasanyer?????
yesssss..............
ku ingin slalu begini....
hepy!!!!!!!
sudah selesai semua....
YEAY11111 yeay1111111
HAhahaha!!!!!
BINTANG2 bintang jadi saksi
hahaha!!!!!
yesssssssssss!!!!

lagu ku minati



inilah lagu 6th yang kuminati
jom...hayati bait-bait lagu ini
diubah suai oleh alba






















KaU laH bidAdARa DaLam hIduPku
YAng SelaLU haDir di DAlam ANGAnku
dIa YanG seLaLU ADa DIIngATaNKu
anuGerAH TUHAN
yANG seMpuRnAkan KU

BiLA kAu JauH aku SelALU rINdu
biLa kaU aDa;;;;;;;;;;
hATi KAn BErbuNga...........

KU AkaN SeLalu meNjadi BINtangMu
MeNERAngI GelAp dAn MimPImU
akU sEtiA di sini MeNgUSAp tAngISMu
mEnEmANI.. sUnyI dIhATimu,,,,,,,,,,

Thursday, October 7, 2010

ALBA SUMBER ILHAM

SENYUMAN UBAT BAGI PENYAKIT

suka duka hidup ku (MEMORI 8 OKT)

Satu keajaiban telah berlaku, satu pertemuan yang baru, satu persepsi yang salah telah berlaku. inilah kehidupan apabila kita bergelar manusia. kita mesti mengharungi suka duka dalam kehidupan di dunia ini. pada tanggal 8 oktober 2010, satu tanggapan yang salah telah terjadi padaku. owh, itu satu pengalaman baru bagi ku di sini sebagai seorang yang bergelar siswi. cerita ini telah menjadi satu gosip terhadap diriku. ku sudah berpunya, mempunyai kekasih hati??? itulah manusia selalu memfitnah orang lain sedangkan diri dilamun cinta tidak sedar malah menuduh orang lain. alhamdulilah ku bersyukur kepada Pencipta ku kerana diberi hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar iaitu ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT. penyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. itulah manusia yang buruk senang untuk diambil kira dan diperhebohkan kepada orang lain.
Bagi diriku fitnah itu tidak memberi kesan kepadaku kerana ku tidak akan melakukan perkara tersebut. diriku mempunyai kawan tetapi lebih daripada kawan bukan prinsipku pada masa sekarang. kehidupanku masih panjang untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan di duniawi ini. pencarian ilmu di tanah Borneo ini memberi ku kekuatan yang luar biasa bagi diriku dan masa depanku. Ku bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah menyekat ku agar memandang keburukan orang lain tetapi mengambil sebagai pengajaran bagi diriku yang kerdil ini. percintaan bukan matlamatku tetapi harapan diriku dan ibu bapaku menjadi misi utama dalam mengecapi kejayaan dalam hidupku.
ayuhlah seorang perawan dan khalifah yang bergelar ALBANAZIR BINTI YUSOF bangkit dalam misi seorang musafir pencarian ilmu pengetahuan. ALBANAZIR BINTI YUSOF perlu kuat dalam fizikal dan menta ldalam berinteraksi dengan orang-orang yang terdekat denganmu. kesedaran ku kini semakin hampir apabila melihat situasi orang yang akan menjatuhkan diriku. wahai orang yang salah sangka pada diri ku sedarlah akan kesilapmu itu dan perbetulkan fitnahmu terhadapku kerana kau telah gadaikan maruahku kepada masyarakat.
ALBANAZIR BINTI YUSOF akan bangun daripada fitnah itu kerana fitnah itu menjadi satu tiupan semangatkepada diriku. keadaan inimengambarkan kebodohan orang itu kerana memperdagangkan dirinya akan berita yang disebarkan. ALBANAZIR BINTI YUSOF yakin dengan dirinya kerana setiap perlakuan yang dilakukan adalah untuk ibu bapaku.
ALBA BOLEH!!!!
ALBA KUAT!!!!
ALBA BOLEH LAKUKAN!!!

yang penting sekali SENYUM

Wednesday, October 6, 2010

RANGKA KAJIAN

FORMAT LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN

CHAPTER I

INTRODUCTION

1.1.Background( Introduce the issue of interest)

1.2.Statement of the Problem( Research question)

1.3.Research Objectives _ General Objective (state the purpose of your study in a general term)_Specific Objectives (State two or three specific objectives)

1.4.Significance of the StudY( Justification for conducting the study in the form of benefits to the community, agencies and state in terms of knowledge, policy and practice.)

CHAPTER II

LITERATURE REVIEW

(CONCEPTUAL FRAMEWORK

2.1. Introduction

2.2. Important Concepts

2.3. Relevant Theories

2.4. Hypothesis

CHAPTER III

FINAL exam


1 bulan lagi ku dh nak final exam tetapi assgment banyak dan fieldwork tetap dalam proses. ku tidak ulangkaji lagi untuk final exam. minda masih bercelaru lagi tentang perkara yang belum pasti. perasaan xmenentu memikirkan masalah yang ada. satu jalan penyelesaian ku adalah melakukan perkara yang ku minati iaitu salah satunya membaca buku cerita menerusi online. jiwaku akan lupakan masalah yang realiti ku hadapi kerana ku yang masuk dalam cerita tersebut. jangan ingat ku tidak ulangkaji tetapi dalam kelas ku fokus agar ku faham perkara yang lecturer ajar. satu lagi adalah mencari resepi masakan menerusi online @ blog bagi diriku belajar memasak. ini adalah satu hobi yang baru bagiku untuk menimba ilmu masakan dan mengajar diriku untuk mahir dalam bidang ini. tegasnya, ku mahu cepat masa berlalu untuk final exam dan pulang ke kampun tercinta.
1 bulan ini akan ku isikan untuk belajar bagi persiapkan diri menempuh ujian akhir bagi semester 3 di UNIMAS. selamat berjaya!!!!!!!