think u cant, so you can do that! think positife and do what u want. nothing imposible,

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, kesucian dan kekayaan kepadaMu.

Suria yang menyinar

Suria yang menyinar
alba

Thursday, October 21, 2010

cerita sebagai renungan

Pada petang itu, dua orang sahabat berjalan pulang menuju ke kolej mereka setelah keluar ke kedai untuk membeli barangan keperluan masing-masing. Ketika mereka berdua sedang berjalan pulang terdapat beberapa  jejaka "usha" mereka berdua. Namun, teguran kumpulan lelaki itu hanya dipandang dengan senyuman manis oleh seorang daripada gadis itu. Bagi si CINTA teguran sebegitu sudah menjadi kebiasaaa bagi dirinya tetapi bagi kawannya CINTA tidak mengetahuinya.CINTA dan kawannya meneruskan perjalanan pulang dan mereka berdua hanya ketawa kegelian melihat telatah jejaka-jejaka di kedai makan tersebut.

Sewaktu mereka leka bercerita sambil bergelak ketawa dan kaki terus menghayun dalam senja yang semakin labuh, tiba-tiba muncul seorang mamat dengan menaiki motosikal menghampiri mereka. CINTA terkejut dengan kedatangan mamat tersebut dan tidak dapat meneruskan perjalanan tetapi memandang mamat didepannya sambil deruan motor kedengaran.. Walaubagaimana pun,mamat tersebut bersuara dengan menyatakan untuk berkenalan dan mendapatkan nombor telefon kami. CINTA pandang mamat tersebut dengan penuh curiga disebabkan wajah mamat tersebut kelihatan begitu pelik. Dia menyatakan dengan penuh gementar, nada yang pelik, seakan ketakutan. CINTA dapat melihat wajah mamat tersebut seperti meminta simpati daripada mereka berdua. mamat itu berterusan menanyakan tentang tempat tinggal  dan asal CINTA dan kawanya.  CINTA sudah dapat menganggap mamat itu dari salah sebuah negeri di Malaysia ini kerana slang lohgat  kenegerian jelas didengarinya. CINTA tersenyum dan bercakap serba sedikit dengan mamat tersebut. kemudian,mamat itu berkata " boleh tak nak nak dapatkan nombor phone". CINTA menjawab "ahhh..no phone???" CINTA dan kawannya saling berpandangan dan CINTA menyuruh kawannya memberi nombor kepada mamat tersebut.

Kawan CINTA tidak mahu bagi no phonenya kerana mahu menunjukkan kesetiaaa kepada boyfriendnya. maklumlah baru bercinta,baru sayang, tidak kenal keburukkan boyfriend dia lagi. kalau dia tidak suka kat boyfriend die maka dia cari yang lain. begitu lah sikapnya sebab muka die cantik. CINTA pula selalu kesunyian tanpa lelaki bergelar kekasih disisi kerana CINTA beranggapan biarlah dia mencintai lelaki yang sah menjadi suaminya. Semua lelaki yang dikenali adalah kawan tidak lebih daripada itu.

CINTA kesian melihat mamat yang duduk di atas motor menunggu nombor phone mereka berdua dengan penuh kegelisah. Mamat tersebut melihat keengganan kawan CINTA memberi nombor phonenya menyebabkan dia bekata" beri je nombor phone yang salah pun dia tidak kisah" maka, CINTA melihat mamat penuh kehairanan dan spontan  menyuruh kawannya memberi nombor dia. CINTA menyatakan kepada kawannya  agar memberi nombor phone yang baru dibeli olehnya seminngu yang lepas. nombor baru itu dibeli kerana CINTA ingin menjimatkan belanja untuk berhubung dengan kawan-kawannya atas urusan kerja berkumpulan. CINTA tidak dapat mengingati akan nombor phone barunya kerana nomborphone itu tidak dapat dihafal dan disetkan dalam mindanya.almaklumlah masih baru lagi.

Selepas usai kawan CINTA memberi nombor tersebut kepada mamat itu dan mamat itu terus mengucapkan terima kasih dan berlalu meninggalkan mereka. Tanpa membuang masa CINTA dan kawanya meneruskan perjalanan memasuki pagar kolej mereka. ketika CINTA dan kawanya dalam perjalanan ke kolej mamat tersebut telah menghantar SMS kepadanya. CINTA membuka inbox tersebut  dan nombor yang tidak dikenali tertera di skrin phonenya. penggunaan ayat tersebut begitu kasar sekali."kau kt mne skrg" CINTA terkejut bukan kepalang namun dia tersenyum sambil memerhati saja kata-kata tersebut dan meneruskan perjalanan hingga sampai ke bilik.

CINTA kepenatan kerana berjalan keluar membeli belah selepas tamat kelas petang tadi. CINTA telah berehat seketika bagi menghilangkan keringat kerana telah berjalan jauh dan membalas mesej mamat tadi. kemudian,cinta terus membersih diri dan solat maghrib memandangkan maghrib semakin ke hujungnya dan insyak akan masuk waktu sebentar lagi. mamat tersebut mesej menyatakan dia berada di dalam kolej tersebut dan bertanyakan kedudukan CINTA  pada masa itu. CINTA mengenali mamat itu sebagai AMIR, umur AMIR 1 tahun lkebih tua daripada CINTA . namun cCINTA memanggil AMIR dengan panggilan nama bukan status abang di depan namanya. CINTA telah menjelaskan bahawa panggilan nama AMIR kerana CINTA berasa lebih selesa tetapi sebenarnya CINTA mengganp AMIR tidak matang kerana sikap dia yang tidak biasa dengan wanita.

semakin hari semakin erat hubungan mereka walaupun melalui mesej. CINTA menganggap AMIR sebagai kawan memandangkan lelaki itu 1 negeri tetapi berlainan daerah.  AMIR dan CINTA tidak selalu berhubung tetapi kadang-kadang saja iaitu CINTA teringat dan ingin bercerita tentang dirinya dan bertanya khabar AMIR.Prinsip CINTA jelas terserlah disini kerana CINTA tidak akan menghantar mesej terlebih dahulu tetapi orang lain akan menghantar mesej kepadanya. AMIR.

hubungan CINTA dan AMIR mula rapat apabila CINTA mendapat bonus harijadi selama 7 hari. kredit percuma itu digunakan CINTA menelefon AMIR dan bercerita tentang perasaan,kegembiraan dan impian masing-masing. AMIR telah menyatakan bahawa dia senang berkawan dengan CINTA memandangkan CINTA seorang yang mesra dan tidak kisah tentang latar belakangnya. tidak diakui AMIR memang seorang yang pemalu apabila berdepan dengan wanita kerana dia segan akibat kurang bergaul dengan golongan ini.

AMIR terpaksa bertukar kerja di negeri lain menyebabkan CINTA  dan AMIR tidak serapat dulu. tambahan itu, CINTA sibuk dengan pembelajaranya dan kekurangan perbelanjaan. pada kebiasaan CINTA akan menelefon AMIR apabila mahu menghilangkan kesunyian. pertukaran nombor telefon juga menyebabkan CINTA tidak menghubungi AMIR. namun, CINTA mendapat panggilan daripada AMIR secara mengejut bagi menanyakan khabar dia. CINTA tersenyum kepuasan kerana AMIR sentiasa mengingatinya.

.................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment