think u cant, so you can do that! think positife and do what u want. nothing imposible,

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, kesucian dan kekayaan kepadaMu.

Suria yang menyinar

Suria yang menyinar
alba

Friday, October 22, 2010

hARi iNI unTuK bELaJAr

5.00 pagi
ku tersedar dari lena setelah azan berkumandang tepat jam pukul 5.00 pagi. ku bangun dari tilam yang empuk dan mengerjakan solat subuh. setelah selesai solat, ku telah on laptop ku untuk melihat tiket flight untuk balik kampung. pada hari ini ku telah rancang untukmenempah tiket penerbangan ku balik kampung bagi cuti semesta ini. setelah melihat dan ku telah tetapkan tarikh dan masa yang sesuai serta yang paling penting adalah harganya murah.
6.30 pagi
mataku semakin layu kerana mengadap laptop pada pagi buta ini. ku telah rebahkan diri di tilam bagi melelapkan mata sekejap. ku telah bajet dalam pukul 7.oo untuk mandi dan bersiap ke CAIS(library). namun, ku tidur bukan kepalang kerana pukul 8.00 baru tersedar kerana dek mimpi yang mendebarkan jantungku.ku harap mimpi itu tidak akan jadi kenyataan tetapi sebagai peringatan kepada diriku.ku mandi dan bersiap dengan memilih baju blous warna pink sedondon dengan tudung  dan seluar.
9.15
ku telah keluar berjalan ke depo bas untuk mengambil bas pukul 9.30 pagi menuju ke CAIS  tujuan adalah menghantar buku yang dipinjam dan menempah tiket penerbangan. bas di UNIMAS bergerak setiap 30 minit. ku melangkah dengan yakin dan senyuman sentiasa meniti dibibir kerana dalam hati semangat untuk menempah tiket pulang ke kampung.

9.45
ku telah ke kaunter untuk menghantar buku dan mengorak langkah untuk ke level 1 di CAIS. ku mendapatkan tempat duduk dan menunggu access internet. malang sungguh setelah hampir 20 minit ku menunngu namun tidak mendapatkan internet di situ. jadi, ku berkemas untuk keluar di pusat membeli belah kerana di situ senang mendapatkan internet dan menguruskan tiket ku.
10.30
ku menaiki bas dan pukul 10.45 telah sampai ke depo bas. ku aturkan langkah untuk ke lab dahulu bagi melihat kekosongan komputer yang ada kerana ku malas keluar seorang diri di luar kampus. ketika ku menuruni bas, tiba-tiba namaku dipanggil, ku toleh ke belakang dan melihat senior itu mengukir senyuman. dis mendekati ku dan menyatakan hasrat untuk menemaninya keluar membeli keperluan harian. ku menolak kerana ingin meneruskan rancangan ku tetapi senior itu memujuk ku lagi agar menemaninya dan mengikutinya balik ke rumah sewanya. dia berkata kepadaku bahawa ku belum  pergi ke rumah sewanya. ketika itu, ringannya ku mengatur langkah mengekorinya pulang. kemudian,senior itu kelihatan menahan kesakitan kerana dia menghadapi sengugut dan tidak dapat berjalan pulang. ku terpaksa menanyakan pemandu kereta sewa bagi menhantar senior itu pulang. drebar kereta sewa itu sanggup menghantar kami ke rumah senior itu. nasibku baik kerana drebar itu tidak mengenakan bayaran maklumlah rumah sewanya  tidak jauh dari situ.

11.30
senior itu mengerang kesakitan dan menangis sambil bercakap di telefon. dia mengadu kesakitan kepada seseorang sambil menangis. ku mampu melihat dan memikirkan akan masalah yang dihadapi. selepas itu, dia menelan panadol bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.  dia semakin baik dan mula berbicara denganku. nasibku baik apabila dia mengajak keluar membeli barang dan mengajak ku sekali lagi untuk makan di rumahnya. ku menolak dengan baik pelawaannya kerana ku ingin pulang ke kolej. namun,dia memujuk dan dia telah menyediakan masakan seperti acar timun, telur dadar dan hati goreng serta air sunkies.ku melihat pada jam di tanganku menunjukkan pukul 1.45 minit petang.  ku telah memberitahu senior itu untukmenunaikan  solat zohor sementara menunggu hidangan siap. ku menikmati makanan tersebut dengan penuh selera kerana kelaparan memandangkan pada waktu itu melewati pukul 2.30 petang. semestinya perut ku berkeroncong meminta diisi.
3.30
ku berjalan pulang tetapi ku bergerak ke BAZARIA salah satu pusat membeli belah di kota Semarahan untuk menempah tiket penerbangan pulang. ku tidak dapat meneruskan pembayaran tiket tersebut kerana kad RHB BANK ku ada masalah. ku semakin gelisah kerana bimbang kenaikan harga tiket.
5.15
ku berjalan pulang memandangkan usaha untuk ku menempah tiket tidak kesampaian. ku singgah di gerai tepi jalan bagi memenuhi hajat mendapatkan ubi keledek goreng kerana itu salah satu makanan kegemaranku. sedap sungguh menikmati ubi itu sementara ubi itu masih panas kerana baru siap diangkat atas dapur.
6.00
ku sampai di bilik tetapi kehampaan kerana roomateku tidak ada dalam bilik dan tergojoh-gojoh untuk menunaikan solat asar. ku ingat mahu berkongsi masalah ku ini.

No comments:

Post a Comment