think u cant, so you can do that! think positife and do what u want. nothing imposible,

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, kesucian dan kekayaan kepadaMu.

Suria yang menyinar

Suria yang menyinar
alba

Sunday, November 14, 2010

family angkat


pada 5 - 7 november 2010 ku mengikuti program  rakan muda wawasan desa IPT peringkat zon.anjuran jabatan belia dan sukan di kampung  tebekang melayu serian kuching sarawak.seramai 100 pelajar UNIMAS yang menyertai program tersebut.

o5 november 2010
  • bertolak ke kg tebakang melayu
  • mejlis penyerahan peserta kepada keluarga angkat
  • bersama keluarga angkat
  • icebreaking
senarai pelajar UNIMAS  yang tersenarai dalam program tersebut seramai 100 orang berkumpul di HEP sebelum bergerak ke kampung tebakang melayu.  3 buah bas  dari luar telah tersedia di HEP bagi menempatkan pelajar yang terpilih ke program tersebut. kami bergerak pada pukul 2.30 petang ke kampung tebakang melayu dan tiba pada pukul 4.00 petang di sana. kedatangan kami disambuut dengan paluan kampung oleh penduduk kampung tebakang melayu serian. pada pukul 4.30 petang acara penyerahan anak angkat telah bermula apabila pelajar- pelajar menanti panggilan nama disebut untuk mengenali keluarga angkat dan selama 3 hari dua malan akan berada bersama-sama kelurga angkat di kampung tersebut.
pada pukul 8.00 malam semua pelajar dikehendaki berkumpul di dewan bagi acara suaikenal antara semua  pelajar UNIMAS yang terlibat.pada pukul 11.00 malam acara tersebut tamat dan kami pulang ke rumah masing-masing. tiba ku dirumah keluarga angkat sedang menunggu di ruang tamu sambil menonton tv.kami disediakn dengan air milo dan roti sebagai minuman ringan sebelum tidur.

06 november 2010
  • sukaneka bersama penduduk kampung
  • khidmat sosial
  • bicara bersama pemimpin 
  • bersama keluarga angkat
  • malam kebudayaan
pada pukul 5.30 pagi ku tersedar dan terus turun ke bawah untuk mandi dan bersiap bagi aktiviti pada pagi itu yang telah dirancngkan oleh pihak terbabit. ku turun dan air milo dan roti kegemaran ku tersedia di atas meja.
banyak aktiviti yang disediakan seperti aktiviti gotong- royong, sukaneka, malam kebudayaan, aktiviti bersama pelajar sekolah menengah dan sebagai.nya. pelajar-pelajar diagihkan kepada 5 kumpulan iaitu mengikut rumah bagi aktiviti sukan seperti rumah merah,biru, putih,kuning dan hijau. sukaneka melibatkan acara seperti isi air dalam botol,lari bawa belon. lari dengan ikat kaki, berjalan kaki bata dan sebagainya.

pada pukul 10.00 pagi kami semua bergotong royong dalm membersihkan kawasan kampun tersebut. ku dikehendaki membersih masjid bersama pelajar lain. pada sebelah petang majlis bicara bersama pemimpin pada pukul 2.00 sehingga 4.00 petang. penghulu kampung, ketua kaum, ajk tertinggi di kampung tersebut turun padang bagi memberi penjelasan mengenai aktiviti terkini kampung tersebut.

07 november 2010
  • bicara bersama mahasiswa
  • majlis penutupan
pada pukul 6.00 pagi ku tersedar dari tidur dan terus menunaikan solat subuh. kemudian ku turun membersihkan diri selama 15 minit. ku bersiap dengan pakain yang diberi oleh pihak penaja iaitu baju berwarna oren tersebut. ku telah turun ke dapur untuk menjenguk mak memasak. pada pagi tersebut mak memasak nasi goreng dan goreng pisang serta air teh.

pada pukul 7.30 pagi semua pelajar yang mengikuti program tersebut perlu berkumpul di dewan bagi memulakan majlis bicara bersama siswa. majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi kami menunggu kedatangan pelajar sekolah menengah kampung tebakang bersama-sama kami. program selama dua jam ini melibatkan pelajar di kampung berkenaan berkongsi pengalaman dengan pelajar UNIMAS.motif aktiviti ini bagi memberi galakan kepada penduduk remaja kampung untuk berjaya dalam pembelajaran.

No comments:

Post a Comment