Perasaan ku kini seakan tidak tenang. Sesekali diriku merasa sedih, menyesal,takut dan rindu dalam menempuh kehidupan seharian. Situasi diriku sekarang sangat berbeza kerana tidak mempunyai keyakinan dalam menjalani aktiviti seharian di campus. Adakala ku terfikir dan bertanya kepada diriku sendiri mengenai semangat yang ada dalam diri ini seakan ingin menghilang dan akan lenyap. banyak dugaan yang ku terpaksa tempuhi sejak akhir2 ini. Oleh itu, masalah tersebut sering bermain dalam kotak fikiran ku. Tambahan itu, pelajaran ku juga semakin memberi kesan kepada ku kerana assigment terus melambak. Namun ku ingin lakukan sebaik mungkin dalam menghasilkan assgment yang sebaik mungkin.
Perasaan ku juga semakin terganggu dengan merindui keluarga ku di kampung halaman terutama mak n abah serta anak-anak buahku yang kusangat sayangi. Keadaan ini memberi tekanan kepadaku kerana semakin hari hatiku semakin lemah dan lembut. Hal ini kerana ku sudah tetapkan dari awal ku pijak kakiku ke Sarawak untuk kuatkan semangat dan hatiku demi masa depanku walaupun terpaksa berjauhan dengan kelurga tercinta. namun, hatiku kini sering merindui keluarga dan suasana menjalani kehidupan di rumah.
Kemungkinan perasaan yang kucar-kacir melanda diriku ini kerana ku merasa bersalah dan seseorang berjaya menyentuh hatiku ini. Walaubagaimana pun, perasaan bersalah pada keluarga dan bersalah kerana memungkiri janji pada seseorang telah memberi kesan yang mendalam dalam diriku. Perasaan tersebut semakin menghantui diriku apabila ku anggap kata2 yang diucapkan sepanjang perkenalan kami seakan realiti. Ku takut setiap ayat yang kulontarkan menjadi harapan kepadanya terhadap diriku. Walaupun, ku pernah menaruh harapan terhadap kata2 dia kepadaku tetapi ku telah campakkan perasaan tersebut jauh dariku kerana masa belum tiba untukku menerimanya sebagai seseorang yang istimewa dalam hidupku. si dia adalah temanku dan telah ku tetapkan dalam kotak fikiran sebagai abangku. Ku berharap tidak ada sebarang masalah antara kami dan kekal sebagai keluarga yang boleh berkongsi suka dan duka.
No comments:
Post a Comment