Terdapat pelbagai juadah yang disediakan oleh kolej2 kediaman bagi memberi tetamu untuk menikmati makanan pada Syawal yang tiba setahun sekali. Misalnya, ketupat, lemang, rendang, nasi lemak, nasi impit,kuih raya,buah-buahan dan sebagainya untuk menjamu tetamu yang hadir setiap kolej kediaman. hal ini menunjukkan hubungan yang terjalin antara tuan rumah bagi kolej kediaman dan tetamu2 dari kolej lain dalam mengeratkan silaturahim antara umat Islam dan sebagai pelajar yang datang dari jauh untuk menimba ilmu Allah SWT yang tiada tandingannya . Ku berharap umat Islam sentiasa dalam perlindungab Allah SWT dan ditunjukkan jalan yang lurus dan jalan yang menuju kebenaran.
Alhamdulillah, Allah SWT telah memberkati Majlis tersebut apabila aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan baik. Semoga kita semua sebagai umat Islam menunjukkan contoh yang terbaik kepada agama lain akan kehebatan Aidilfitri melalui bertakbir,bertahmid, dan zikir kepada Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment