Dari Abu Darda RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, katakanlah SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHU AKBAR, WALAHAULAWALA KUWATAILLA BILLAH sesungguhnya ia adalah BAQIYAYATUSSALIHAT, kalimat ini menghapus dosa-dosa sebagaimana daun-daun akan berguguran daripada pohonnya di musim dingin dan kalimat ini juga sebagai khazanah di dalam syurga.
think u cant, so you can do that! think positife and do what u want. nothing imposible,
Suria yang menyinar
alba
Thursday, September 30, 2010
Warna -warni Syawal
sweety in life
hari Raya Aidilfitri (Arab: عيد الفطر; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam. Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Tuesday, September 28, 2010
perasaan HARU biru
Thursday, September 23, 2010
salam seribu ilmu pengetahuan
Monday, September 20, 2010
cinta sejati
Cintaku,
Bukan hanya sekadar luahan bibir,
Bukan hanya sekadar khayalan minda,
Bukan hanya mainan kata-kata,
Bukan hanya hafal dan lafaz.
Cintaku,
Semata untuk dirinya,
Semata untuk kejayaannya,
Semata untuk keluarganya,
Semata untuknya.
Cintaku,
Laksana cinta Baginda pada Khadijah,
Laksana cinta Rasulullah SAW pada Fatimah,
Laksana cinta Muhammad pada Hassan dan Husin,
Laksana cinta Rasulullah SAW pada para sahabat.
Cintaku,
Dihadirkan dengan lafaz-lafaz sunnah,
Dihadirkan dengan perbuatan sunnah,
Dihadirkan dengan tulisan-tulisan sunnah,
Dihadirkan dengan bicara sunnah.
Cintaku,
Tidak tertahan-tahan,
Tidak terbatas,
Tidak ada dua,
Tidak ada dusta,
Cintaku,
Semuanya untukmu,
atas keredhaan ibu bapa dan keluarga,
yang pasti batasan agama menjadi pegangan.
Sunday, September 19, 2010
Saturday, September 18, 2010
Bismillahirahmanirahim....
"Wahai wanita solehah..
Jangan risau akan jodohmu,
kerana muslimin yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pd wanita hanya kerana kecantikan
atau lirikan senyum,
pada bicara manja yang mengoda,
atau pada pujuk rayu seorang wanita yang
meruntuhkan imannya,
Sesunguhnya lelaki itu adalah peminpin kepada wanita,
andai belum sampai jodohmu,
anggaplah bahawa lelaki yang sedang engkau nantikan itu,
sedang menbina sahsiah kepimpinan dirinya,
bagi memimpin dirimu.
Kerana pada wanita itu,
pasti ada kekurangan dan kelak
lelaki yang benar-benar layak
pasti akan hadir untuk melengkapkan
kekuranganmu~
idamanku menyertai Gadis Melayu
- kejelitaan
- kepintaran
- personaliti yang menarik
- kelayakan pendidikan
perantauan di Sabah
Pada hari ini ku bergelar musafir bagi menikmati keindahan bumi ciptaan Allah SWT dan mencari sekelumit ilmu pengetahuan-Mu. Alhamdulilah, perjalanan ku telah diberi keberkatan dan dipermudahkan semua urusan kemungkinan niatku yang baik dan diiringi restu ibu bapa. Pemandangan di KK begitu cantik dengan air laut yang biru, pokok nan hijau dan udara yang segar. Gunung yang menghiasi bumi KK dan diselaputi kabus yang memutih. Sungguh cantik bumi Borneo itu. Pelayaran manusia bagi mencari ilmu milik Pencipta dan menikmatinya serta menghargai.