think u cant, so you can do that! think positife and do what u want. nothing imposible,

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, kesucian dan kekayaan kepadaMu.

Suria yang menyinar

Suria yang menyinar
alba

Tuesday, November 6, 2012

part time------ gaji pertama



Balqis Collection

assalamualaikum,
syukur alhamdulillah, semalam saya dapat gaji pertama setelah keje selama 6 hari iaitu 25 jam.
Alangkah gembira diriku seperti hatiku tersenyum dalam dada. fikiran tak masuk akal kan.
betapa gembira sangat setelah bersusah payah setelah lama tidak bekerja kerana menuntut ilmu. setelah bermanja dengan duit PTPTN sekarang baru rasa susah balik.


I LOVE
I GREAT
I WISH
I WANT
I HAPPY

Sunday, November 4, 2012

Teori Motivasi Kebersihan Frederick Herberg

Sekarang saya mahu kaji pasal teori Motivasi yang dikeluarkan oleh Frederick Herberg

Pada tahun 1996, tokoh ini menekankan aspek persekitaran kerja di sesuatu organisasi
dan kehendak serta tahap motivasi dalam kalangan pekerja.

tempat kerja adalah tempat yang dihujani oleh semua pekerja. oleh itu, sesuatu organisasi mempunyai tugasan kerja yang tersendiri dan mereka juga mempunyai motivasi  dalam mencapai matlamat tersebut.
antara motivasi yang diserap dalam setiap diri pekerja masing-masing adalah motivasi penilaian dalam pencapaian kerja. 
selain itu, penilaian dijalankan kepada pekerja yang mempunyai tanggungjawab dalam organisasi tersebut.keaadaan ini menjelaskan bahawa semua pekerja perlu bertanggungjawab dalam semua kerja-kerja mereka.
 kemajuan dalam kerja amat dititi beratkan dalam mencapai matlamat organisasi berkenaan. setiap hari mesti membawa perubahan dalam diri, kerja, personal, komunikasi dan sebagainya.
kandungan kerja bagi setia pekerja perlu jelas dan teratur agar semua proses perjalanan kerja berjalan lancar.
faktor motivasi ini bersifat positif kepada pekerja kerana motivasi dapat meluaskan ilmu seseorang pekerja terhadap bidang yang diceburi. selain itu, ilmu pengetahuan tentang organisasi amat penting dalam menjalankan misi kea rah mencapai matlamat organisasi.
 
faktor motivasi berkaitan dengan kesemulajadian kerja bagi seseorang individu sebagai pekerja.
kepuasan kerja dapat dicapai apabila mendapat tugas yang lebih mencabar atau kenaikan pangkat.
seseorang perlu bertanggungjawab, fokus, memberi komitmen sepenuhnya.

motivasi yang dimasukkan dan sentiasa disemai dapat memberi kekuatan kepada pekerja untuk memajukan diri. mereka dapat menonjolkan bakat yang mereka ada atau yang tersimpan sebelum ini.

Herzberg juga peka terhadap kandungan kerja dan persekitaran kerja.
beliau menumpukan kepada kebrsihan dan kesimbangan kerja dalam sesebuah organisasi tersebut.
antara faktor kebersihan kerja adalah peringkat gaji, keadaan kualiti, hubungan dengan supervisor, polisi syarikat dan pentadbiran serta keadaan kerja.




wish me luck k....
hehheehheh


hari ini.....

alhamdulillah,
hari ini saya belajar teori,
saya memahami teori,
saya mengigati teori itu.



TEORI PENGURUSAN SAINTIFIK
1) F.W TAYLOR
beliau seorang tokoh yang mengkaji tentang pengurusan saintifik dalam sesebuah organisasi.
belaiu menyatakan bahawa penggunaan sains dan teknologi adalah satu kaedah yang dapat memberikan satu pencapaian yang effisen dan sistematik dalam kerja-kerja di organisasi itu.

pengurusan saintifik ini melibatkan penggunaan ilmu sains yang dapat menyelesaikan masalah di sesebuiah organisasi. untuk pengetahuan umum bahawa ilmu sains sangat penting dalam penggunaan pada masa kini.

pengurusan saintifik adalah satu usaha yang membawa kepada pekerja mengambil langkah awal dengan menggunakkan ilmu pengetahuan sebelum ini yang bersifat tradisional diamalkan sepenuhnya dan mengamalkan dlaam menyiapkan semua kerja-kerja di organisasi.

seseorang dipilh secara mental dan fizikal yang sempurna. mental yang bijaksana, berkaliber dan sempurna manakala keadaan fizikal yang sihat dan sempurna tanpa sebarang masalah yang kronik. pemilihan ini bagi menjaga kualiti pekerjaan yang dilakukan.

seseorang pekerja perlu mepunyai motivasi yang tinggi dalam menguruskan sesuatu pekerjaan dan pandai mengawal keadaan dan masa bekerja.
 
pembahagian tugas amat penting dalam menjalankan kerja di organisasi tersebut.
apabila pembahagian tugas ditentukan memberi satu kemudahan kepada pekerja untuk menjalankan kerja-kerj amereka. ini dikatakan sistematik.


pengurusan saintifik amat penting kerana f.w taylor menyatakan bahawa kelancaran tugas yang dijalankan oleh pekerja mampu membentuk hubungan yang baik antara pekerja dan ketua.
kedua-dua pihak ini mampu bekerjasama dalam mencapai objektif dan matlamat bagi organisasi mereka.



minta-minta saya mampu ingat teori ini...
doakan saya yea sahabat yang disayangi....

ya Allah!!! permudahkan semua urusan ku
perkuatkan daya ingatanku
aminn!!!!

kau bernama lelaki--- episod 2

assalamualaikum,


saya lupakan masukkan seorang lagi lelaki sebagai sahabat saya
macam mana boleh terlupa kat "adik" saya  zedy nie.
dia juga lelaki yang penting yang menghiasi hidup saya...


aduhhhh !!!! bajet handsome.... uweksss

nie kawan sejati saya
sebagai adik saya
selalu tempat berkongsi suka dan duka
hahhaha yang penting zedy tempat untuk membantu saya kalau saya dikacau
kira penyelamat la
bagus2 saya suka sebab dia lelaki yang berani..



nie zedy gn makwe die... zatie
sweet kan
alahai suka saya tengok mereka berdua...
pasangan bahagia




saya doakan mereka berdua sampai ke jinjang pelamin kelak.
zedy nie ramai peminat
tapi alhamdulillah setakat mengenali dia, saya tengok dia setia
harap-harap zedy dan zatie kekal sampai ke alam perkahwinan.... heheehehe

Saturday, November 3, 2012

kau lelaki.....

alhamdulillah
selain ibu bapa yang disayangi, keluarga tercinta iaitu adik, abang kakak dan anak-nak buah.
Ya Allah Engkau kurniakan insan yang bergelar lelaki sebagai pengajaran dalam menjalani kehidupan di alam fana ini.

kehidupan di dunia hanya persinggahan, terdapat pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuhi. Ranjau kehidupan begitu banyak melalui ilmu dan amal sahaja kita dapat mengatasi dengan sempurna. namun, tidak sempurna sepenuhnya jika tanpa iman di dada.

Kehidupan ini juga mengajar kita untuk berfikir tentang alam semesta ciptaan Illahi agar kita bersyukur dengan semua kurniaan yang dilimpahkan kepada kita dan semua makhluk di atas bumi ini.


Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air (hujan), lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya, dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.”(Q.S.Al-Baqarah [2] : 164).



KAU LELAKI
saya ingin menyatakan bahawa berkawan dengan insan yang bergelar lelaki saya dapat mengaut ilmu yang bermanfaat daripada mereka
alhamdulillah, saya bersyukur dapat menjaga batas apabila bersama dengan insan yang bergelar muhrim ini
pada umumnya, kita sebagai wanita perlu berhati-hati dengan setiap kata, pujian, permainan lelaki dan sebagainya yang gerkaitan dengan lelaki.
sesungguhnya golongan wanita sangat senang untuk memasuki neraka
dan senang memperolehi fitnah
tegasnya, kita mesti berhati-hati. 


Kehidupan bersosial mendatangkan pelbagai corak sandiwara kepada kita kerana perbuatan itu satu aturan yang dibuat oleh manusia.
Persahabatan yang murni merupakan persahabatan yang sentiasa menyayangi, memahami dan mempercayai satu sama lain.
sahabat merupakan orang yang keempat dalam kehidupan kita selepas adik-beradik dan keluarga
Yang pertama adalah Maha Pencipta kita, Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W; kedua adalah Ibuabapa; ketiga adalah adik-beradik kita dan ahli keluarga yang lain; dan keempat ialah sahabat. 


saya berpegang kepada niat yang ikhlas untuk berkawan 
dan tidak akan menguris perasaan mereka semua.


kau lelaki
kau sahabat

Qayyim seorang lelaki bekas penuntut di USM
asal kelatan dan menetap di negeri sembilan
YANG saya suka adalah darah kelate tetap kukuh mnegalir dalam badan qayyim
sangat tertarik dengan percakapan qayyim
seorang yang gila-gila ok.
selalu suka buli saya.
Qayyim merupakan anak sulung
kawan saya seorang ini sudah lama tidak dapat dihubungi selepas berpisah dari bekerja di Restoran Amy Redland.
saya melanjutkan pelajaran di Unimas manakala Qayyim dengan kehidupan beliau.




Afiq Mohzan
aduhaiiiii Afiq ni baru sahaja saya jumpa facebook dia
sudah lama saya mencari setelah berpisah ketika habis bekerja di Restoran Amy Redland
seorang kawan yang bagus
seorang yang koya dan syok sendiri serta suka lakukan perkara sendirian tetapi yang sangat men arik adalah dia seorang lelaki yang sporting.
sangat suka bekerjasama dalam membuat kerja.
saya selalu dikutuk oleh dia..
BENCI!!!!!!
W/PUN BEGITU, bagus2, semoga AFIQ berjaya di Menara gading UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (GRAPIC DESIGN)





 Mohd Jefmanizam Abd Aziz
yang ini abe jef
kerja di MDTM
mengenali abe jef apabila saya menjalani latihan industri di Organisasi itu.
seorang abang yang baik dan prihatin kepada saya
kemungkinan disebabkan beliau juga mempunyai jumlah bilangan adik beradik yang ramai lebih kurang 10 orang yang dimonopoli oleh kaum hawa.
beliau menjangkau umur 30-an
kematangan beliau dapat memberi saya pengalaman dalam mengenali insan yang bernama lelaki ini
kematangan beliau juga menyebabkan saya menganggap abe jef sebagai abang saya
seorang yang rajin bekerja kerana serius dalam menjalankan aktiviti kerja di MDTM.




saya ingin kongsikan dengan semua sahabat saya yang disayangi.
 perkara yang berlaku dalam hubungan kita pada hari ini...sama ada dengan IbuBapa kita, adik beradik kita, sahabat kita, pada guru, dan pada sesiapa sahaja yang rapat dengan kita atau perkara yang berlaku depan pancaindera yang yang telah diciptakan olen-Nya.
Natijahnya kehidupan kita disebalik perlakuan dan disebalik percakapan, pandangan mata kita sukar untuk menyembunyikan perkara yang sebenar.
.andai kata kita menyukai seseorang,pandangan mata boleh menceritakan segalanya.
andai kata kita mempunyai kesilapan dan kita sembunyikan perkara itu daripada orang lain, halnya tetap sama iaitu kesilapan itu tidak dapat disembuyikan daripada pandangan mata
perkara utama adalah apabila kita mempunyai masalah maka daripada pandangan mata akan menceritakan segala kekusutan dan kebimbangan diri kita.


Mohd Yunnan
seorang pembantu perubatan dalam bidang farmasi di kementerian pertahanan
umur 25 tahun
alhamdulillah seorang lelaki yang digelar oleh saya sebagai abang
abe yu6 sangat mengambil berat berkungkinan kerana mempunyai adik perempuan yang ramai.
seorang yang boleh mengadu masalah
seorang yang memahami
saya berhubung dengannya secara maya
chemistry dengannya tetap ada
saya doakan yang terbaik dalam hidupnya.

mohd hakimi jamaludin
umur 24 tahun
seorang pembantu perubatan dalam bidang farmasi di kementerian pertahanan
SEORANG abang yang baik
selalu berkongsi cerita dan meminta pendapat.
semoga menjalani kehidupan yang terbaik.




Bermulanya masa kita dilahirkan ke dunia ini dengan pengorbanan kita yang diberi  peluang untuk menjalani kehidupan yang bakal di bina, 
sebenarnya telah lama tertulis dalam luhmafuz...disitulah perkara yang akan berlaku kepada kita tidak kiralah bila kita belajar, di saat kita merasai kejayaan, ketika kita mencapai kejayaan,
ketika kita  merasai kegagalan, ketika kita merasai kesedihan, ketika kita merasai kegembiraan, ....
semuanya sudah tertulis...
.Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana, Maha Penyayang dan Maha Pengasihani.....
kita merupakan makhluk yang istimewa daripada makhluk yang lain tetapi kita tidak pernah bersyukur.

sekarang!!!!!!
ubahlah pemikiran kita yang negatif dan jauh dari Allah swt.
sentiasa buka hati untuk bersyukur.
jom kita semua sama-sama mengucapkan alhamdulillah bagi setiap kurniaan yang telah kita perolehi.



 Semuanya mewarnai kehidupan kita.
Susah dan senang pasti kita rasai begitu juga pahit dan manis kehidupan
Kehidupan kita juga bagaikan satu pentas lakonan terbuka yang sentiasa berlangsung selama mana kita masih bernafas.
Perkara yang pasti kita mesti sentiasa memohon perlindungan dan keredhaan Allah swt.

Friday, November 2, 2012

esha deol vs alba


baju dah sama merah.
muka sama tak saya dengan esha deol.





Esya Deol adalah adik kepada Bobby Deol dan Sunny Deol bintang bollywood.
ERMMMM.... ada seorang kawan saya yang menyatakan bahawa saya ni ada sama dengan Esha Deol.
betul ke tak saya pom tak pasti. Mula-mula saya tak endahkan sebab kurang percaya tetapi baru-baru ini saya ada terbaca yang Esha Deol dah kahwin dengan Bharat Takhtani.
saya berminat menghabiskan masa saya dengan mencari isu yang berkaitan dengan Esha.
Saya tak kenal sangat dengan pelakon yang tidak kurang hebat ini.
saya lebih berminat dengan kedua-dua abang dia iaitu bobby deol dan sunny deol.
saya tengok sunny deol ini macam abang saya.....
 
saya tengok sunny deol macam abang saya
sebab tu saya tengok sunny apabila dia berlakon
tak lepaskan peluang apabila tv tayangkan yang dia jadi hero...
best.....
sebab saya rindukan abang saya ini...(malu)


selepas membaca semua tentang esha deol saya baru tahu yang ayah die juga adalah pelakon...
ohohohohoo latarbelakang penggiat seni la keluarga ini.

tapi sekali dua kali saya tengok ada juga mirip saya dan esha nie... hehehhehehe



 Esha dah kahwin dengan Bharat Takhtani


 handsome kan suami esha
minta-minta saya pun dapat suami handsome macam ini.
ambil berkat Esya... hehehhe
\

amboiiiii!!!! romantiknya
jeles la.....

sama tak alba dengan esha deol????????








apa itu durian crepe? soal hatiku?

assalamualaikum muslim dan muslimah yang disayangi
ku doakan kita semua berada dalam lindungan Allah swt.

DURIAN

Durian!!!!! dengar je perkataan ni ku memang dah terbayang isi buahnya yang enak, manis dan sedap.
ku seorang penggemar durian dan boleh habiskan buah tersebut sehingga kekenyangan.
alhamdulilah tidak ada sebarang masalah seperti panas.






DURIAN CREPE

dah banyak hari ku melihat pengguna "facebook" aka kawan kakak ku menyatakan dia teringin mahu makan durian crepe. Hatiku memberi tanda tanya macamana rupa dan rasa durian crepe tersebut.
sepanjang hidupku belum ku jumpa durian crepe melainkan pulut durian, isi durian, pengat durian dan  bubur durian. isi hatiku mengelonjak ingin tahu DURIAN CREPE.


 nampak sedap kan!!!!
nie anak kawan akak saya!!! NYUMMMMMMM



insyaAllah
saya akan try durian crepe nie
kalau jumpa kat kedai nanti saya terus nak beli
hehhehehehheheheh

KAWAN-KAWAN YANG DISAYANGI NAK TAHU TAK BAHAN-BAHAN NAK BUAT DURIAN CREPE.... HEHHEHEH :)



Pastry Cream :

 2 cwn susu segar@cair
1/2 cwn gula-boleh kurgkan..
4 biji kuning telur saiz A
2 sdt serbuk vanila
secubit garam
6 sdb tepung jagung
2 sdb butter

 Cara2 :

 -masukkan susu 1/4 dulu dan gula..
-masak dlm api yang kecil hingga sebati..
-masuk telur kacau lagi..
-masukkan vanilla dan garam..kacau sebati..
-masukkan tepung jgung sesudu dulu..
-kacau masukkn baki susu dan tepung jagung semuanya..
dan masukkan butter..
-kacau sebati hingga mendidih..
-tukar ke dalm mangkuk..tutup mangkuk dengan plastik pembungkus..
-simpan dalam peti selama 3 jam @ semalaman
-nak guna gaul seketika..