selamat malam semua
tiba-tiba ku teringat kenangan dua tahun yang lepas. kisah ini adalah satu yang kisah realiti yang berlaku terutama pada golongan remaja yang sedang bermadu kasih.pada dua tahun lepas ku telah bekerja di DORAEMON DELITES di salah sebuah pusat membeli-belah di kota raya. alhamdulillah, ku bekerja disana sangat gembira memandangkan mendapat bos dan supervisor yang baik dan bertolenrasi.kedai tersebut menjual dorayaki,waffles, aiskrim dan barang-barang kartun doraemon. kedai tersebut memang kedai yang cute,cantik dan kegemaran kanak-kanak kerana bertemakan kartun siri doremon tersebut.
selama dua bulan bekerja sebagai cashier dan penjual di kedai tersebut membuatkan ku jadi tumpuan pekerja di pusat membeli-belah itu. pada suatu hari, ku mengenali pasangan remaja yang digelar juga pasangan kekasih. keintiman hubungan mereka membuatkan ku terharu dan senang melihat mereka berdua menjalani hari-hari yang mengembirakan. keadaan ini dapat dilihat melalui air muka mereka berdua yang ceria dan hepy.
pengenalan ku dengan gadis itu membuatkan kami selesa berbual ketika waktu lapang. pasangan kekasih tersebut juga bekerja di pusat membeli-belah yang sama denganku tetapi berbeza kiosk di dalam pasaraya di kota raya itu.gadis itu selalu akan berborak denganku mengenai isu semasa ataupun ragam pelanggan yang mengunjungi kedai dia. ku akui gadis itu mempunyai daya tarikan sendiri yang membuatkan pasangannya sangat mencintainya.
perbualan demi perbualan menyebabkan kisah percintaan mereka turut dijadikan isu perbualan kami. gadis itu juga suka meluahkan dan menceritakan hal lelaki idamannya iaitu lelaki tersebut. muka si gadis itu berseri-seri dan bercahaya terbitan kehebatan CINTA SEJATI. ku yakin akan cinta mereka akan membawa kebahagiaan bahtera kehidupan mereka.
alangkah indahnya dunia apabila semua hal yang berkaitan dengan diri seperti makan, minum, kesihatan, kewangan dan sebagainya ditanya oleh kekasih hati. setiap hari keluar makan bersama tidak menghiraukan pandangan yang mencuri kearah pasangan yang dilamun cinta ini. lebih menarik lagi kisah pasangan bahagia ini terbukti bahawa mereka berdua adalah saling mencintai. pada waktu rehat untuk makan tengahari, mereka pergi ke kedai makan melayu dan masing-masing mendapatkan makanan bagi mengisi perut setelah separuh hari bekerja. lelaki itu seorang yang romantik apabila menyuap makanan ke mulut kekasih hati. tambahan itu, lelaki tersebut menyatakan kepada kekasihnya agar tidak melupakan saat mereka pada masa itu.
keaadaan itu membuatkan ku terpegun kepada kehebatan cinta mereka. ku merasakan mereka pasangan bertuah kerana memiliki perasaan cinta yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada hambanya yang bergelar manusia.
cerita percintaan gadis dan pasangannya jelas terbukti apabila pekerja kedai makan melayu itu menceritakan peristiwa pasangan kekasih itu semasa menjamu selera di situ. pekerja itu adalah seorang budak lelaki yang sangat comel dan mesra dan baik denganku. ku kegelian melihat dia menceritakan babak romantis pasangan kekasih itu bersuapan. keadaan budak lelaki tersebut seperti iri hati akan pasangan bahagia itu memadu asmara. ku mampu tersenyum mendengar budak lelaki itu menghabiskan ceritanya. hal ini ku tidak mampu menghalang kemesraan pasangan romantis itu menikmati saat-saat indah percintaan mereka.
ku juga mengetahui bahawa apabila pasangan itu cuti di hujung minggu mereka memilih untuk keluar menghabiskan masa minggu bersama. sang jejaka tidak melepaskan tangan kekasih hati malah selalu beriringan tangan ketika berjalan.
........................................................................bersambung yea..........................................................
Dari Abu Darda RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, katakanlah SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHU AKBAR, WALAHAULAWALA KUWATAILLA BILLAH sesungguhnya ia adalah BAQIYAYATUSSALIHAT, kalimat ini menghapus dosa-dosa sebagaimana daun-daun akan berguguran daripada pohonnya di musim dingin dan kalimat ini juga sebagai khazanah di dalam syurga.
think u cant, so you can do that! think positife and do what u want. nothing imposible,
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, kesucian dan kekayaan kepadaMu.
Suria yang menyinar
alba
No comments:
Post a Comment