tanggal 17 november 2010 bersamaan dengan10 zulhijjah merupakan hari yang sungguh bermakna bagi umat islam kerana menyambut hari raya aidiladha atau korban. pada hari raya ini kusambut di perantau di tanah borneo, bumi kenyalang iaitu sarawak. ku tersedar seawal 5.00 pagi pada pagi yang mulia itu.kemungkinan sudah terbiasa berada di rumah dibangunkan oleh mak awal pagi pada hari yang penuh bermakna itu dan menjadi ikutan sampai sekarang.
pagi itu ku dan roomate terlepas sembahyang raya kerana menyangka solat sunat hari raya bermula pada pukul 8.00 pagi tetapi awal lagi.sesampai di masjid sesi ceramah sedang berlangsung dengan dipenuhi pelajar unimas yang tidak pulang ke kampung halaman.
pada pukul 9.30 pagi kami bertolak ke kampung tebakang yang mengambil masa 1 jam 30 minit kerana kami sesat mencari arah ke kampung berkenaan.sebanyak 8 buah rumah kami menjamu selera sempena hari raya. setiap rumah menyediakan nasi impit,kuah kacang, rendang daging,ayam,ketupat,lemang, kuih lapis,dan banyak lagi. memeang sedap semua membuatkan kami kekenyangan.
Dari Abu Darda RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, katakanlah SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHU AKBAR, WALAHAULAWALA KUWATAILLA BILLAH sesungguhnya ia adalah BAQIYAYATUSSALIHAT, kalimat ini menghapus dosa-dosa sebagaimana daun-daun akan berguguran daripada pohonnya di musim dingin dan kalimat ini juga sebagai khazanah di dalam syurga.
think u cant, so you can do that! think positife and do what u want. nothing imposible,
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, kesucian dan kekayaan kepadaMu.
Suria yang menyinar
alba
Thursday, November 18, 2010
Monday, November 15, 2010
exam week
09/11/2010
PBM 2022
bahasa melayu pada pukul 2.30-5.00 di dewan unimas
12/11/2010
SSR 2014
isu-isu pembangunan pada pukul 9.00-11.00 di dewan santapan
13/11/2010
SSR 1013
sosial sains pada pukul 2.30-5.00 di CAIS lama
16/11/2010
SSF 2014
kajian penyelidikan pada pukul 2.30-5.00 di dewan unimas
20/11/2010
SSR 2034
pembangunan ekonomi pada pukul 2.30-5.00 di dewan unimas

Sunday, November 14, 2010
family angkat
pada 5 - 7 november 2010 ku mengikuti program rakan muda wawasan desa IPT peringkat zon.anjuran jabatan belia dan sukan di kampung tebekang melayu serian kuching sarawak.seramai 100 pelajar UNIMAS yang menyertai program tersebut.
o5 november 2010
- bertolak ke kg tebakang melayu
- mejlis penyerahan peserta kepada keluarga angkat
- bersama keluarga angkat
- icebreaking
pada pukul 8.00 malam semua pelajar dikehendaki berkumpul di dewan bagi acara suaikenal antara semua pelajar UNIMAS yang terlibat.pada pukul 11.00 malam acara tersebut tamat dan kami pulang ke rumah masing-masing. tiba ku dirumah keluarga angkat sedang menunggu di ruang tamu sambil menonton tv.kami disediakn dengan air milo dan roti sebagai minuman ringan sebelum tidur.
06 november 2010
- sukaneka bersama penduduk kampung
- khidmat sosial
- bicara bersama pemimpin
- bersama keluarga angkat
- malam kebudayaan
banyak aktiviti yang disediakan seperti aktiviti gotong- royong, sukaneka, malam kebudayaan, aktiviti bersama pelajar sekolah menengah dan sebagai.nya. pelajar-pelajar diagihkan kepada 5 kumpulan iaitu mengikut rumah bagi aktiviti sukan seperti rumah merah,biru, putih,kuning dan hijau. sukaneka melibatkan acara seperti isi air dalam botol,lari bawa belon. lari dengan ikat kaki, berjalan kaki bata dan sebagainya.
pada pukul 10.00 pagi kami semua bergotong royong dalm membersihkan kawasan kampun tersebut. ku dikehendaki membersih masjid bersama pelajar lain. pada sebelah petang majlis bicara bersama pemimpin pada pukul 2.00 sehingga 4.00 petang. penghulu kampung, ketua kaum, ajk tertinggi di kampung tersebut turun padang bagi memberi penjelasan mengenai aktiviti terkini kampung tersebut.
07 november 2010
- bicara bersama mahasiswa
- majlis penutupan
pada pukul 7.30 pagi semua pelajar yang mengikuti program tersebut perlu berkumpul di dewan bagi memulakan majlis bicara bersama siswa. majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi kami menunggu kedatangan pelajar sekolah menengah kampung tebakang bersama-sama kami. program selama dua jam ini melibatkan pelajar di kampung berkenaan berkongsi pengalaman dengan pelajar UNIMAS.motif aktiviti ini bagi memberi galakan kepada penduduk remaja kampung untuk berjaya dalam pembelajaran.
Thursday, November 4, 2010
StuUdy WeEk
jikalau tiba minggu cuti untuk belajar mesti diriku kena demam dari semester pertama, kedua dan sekarang semester ketiga. semester ketiga ini paling teruk kerana ku menghidapi batuk selama seminggu dan selepas itu baru demam. ku akan tido sepanjang hari keran kepala terasa berat sangat dan suhu badan yang panas. nasib baik la ku makan woods yang dapat melegakan tekak. alhamdulilah kesihatan ku kembali stabil atau normal.
semasa keluar untuk membeli woods ku terserempak dengan gerai menjual buah mangga dan limau manis. tekak yang tidak selesa tersebut membuatku membeli limau manis tersebut bagi menghilangkan tekak tersebut selain memenuhi keinginan ku yang kempunan untuk memakan buah-buahan.
selama ku berada berjauhan dengan keluarga menyebabkan diriku tidak dapat menikmati buah-buahan anugerah Allah SWT kepada manusia di muka bumi ini.

burger oh burger
pada satu malam itu, ku terasa lapar sangat-sangat macam nak pengsan dan tubuh mengigil. ku pun pelik kerana tidak selalu merasai seperti itu. itulah nasib apabila diriku tidak mengambil makanan berat iaitu nasi sebagai mengisi keperluan perutku. makanan di bilikku tidak ada hanya milo saja yang tinggal. ku menjenguk luar tingkap. nasib baik la pak cik yang menjual burger ada sedang sibuk sampai tak menang tangan menyiapkan bungkusan burger yang ditempah oleh pelajar seroja.
ku salin pakaian tidur ku dengan mengenakan jeans dan baju t-shirt dan tudung untuk turun mendapatkan burger tersebut. ku terasa nak berjalan pun tidak boleh kerana terlalu lapar dan mengigil.ku kuatkan diri dan turun ke gerai pak cik itu. ku beritahu pak ci tersebut siapkan beef burger dan otakku juga ligat berfikir dan terkeluar beef burger dua bungkus. percaya atau tidak kerana terlalu lapar otak ku berfikir 1 burger xmencukupi. itulah malam bersejarah bagiku kerana berjaya menghabiskan burger sebanyak dua bungkus. alangkah hebat betul diriku apabila berada di bawah tahap kelaparan yang paling kritikal.
sebelum ini diriku tidak nerjaya menghabiskan burger walaupun satu burger malah berkongsi dengan adik ketika di rumah. pada malam tersebut ku berjaya mencipta rekod baru dalam kehidupan ku. ku menikmati 2 burger dengan 1 cawan kopi pracampuran MASAD CAFE. kopi ini mengandungi kelebihan kerana minuman kesihatan untuk seisi keluarga yang mengandungi madu lebah,habbatus sauda,badam dan kismis.
nyummyyyyyyy

Monday, November 1, 2010
amalan harianku untuk kehidupan akhirat
ku lakukan kegiatan seharian seperti belajar, berjalan-jalan, menyanyi, bergembira dengan keluarga dan kawan. walaubagaimana pun, rohaniku juga memerlukan pengisian agar tidak kosong dan untuk diriku sebagai pedoman. bab kata perlu seimbang dunia dan akhirat.
- baca 3 kul iaitu al-ikhlas, an-nas, al-falaq
- selawat kepada nabi terdahulu dan Rasulullah SAW
- istighfar
Subscribe to:
Posts (Atom)